Ini kebun sayur baru penghujung 2016-kebun sayur tepi rumah kosongggg......serammmm takk.
Pokok terung ne I terpaksa bajukan dia sebab cik mon hari hari datang melawat ...tetipu juga dia dengan muslihat ne. Jadi dapat la I kutip hasil.
Terung ungu
Pengenalan Terung ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena. Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun.
Khasiat Kandungan Pemakanan Terong
Manfaat terong bagi kesihatan tubuh datang berkat kandungan nutrisi–nutrisinya. Terung kayadengan vitamin C, K, B6, tiamin, niasin, magnesium, fosforus, tembaga, serat, asid folat, kalium, danmangan. Selain itu, terung hanya sedikit sekali mengandung kolesterol atau lemak tepu.
Terong menawarkan pelbagai manfaat yang cukup penting dalam membantu menjaga kesihatantubuh diantaranya menjaga kesihatan jantung, mengawal gula darah, sehingga mencegah kanser .Simak ulasan lebih lengkapnya berikut ini ..
Manfaat Terong Dalam Menjaga kesihatan pencernaan
Sama seperti sayur-sayuran lain,
terong merupakan salah satu sumber serat makanan yang tinggi.
Serat sangat penting bagi kesihatan pencernaan dan bermanfaat untuk melancarkan buang airbesar.
Serat juga dapat merangsang rembesan asid perut yang memudahkan penyerapan nutrisidan pencernaan makanan.
Serat juga sering dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantungkerana dapat membantu mengusir kolesterol ‘jahat’
yang boleh menyumbat arteri dan vena,
penyebab aterosklerosis,
serangan jantung,
dan stroke.
Manfaat Terong Dalam Membantu menurunkan berat badan
Terong adalah makanan yang baik untuk membantu anda dalam menurunkan berat badan.
Hal inikerana terung rendah karbohidrat,
padat nutrisi,
dan rendah kalori.
Satu cawan terung hanyamengandungi lapan gram karbohidrat.
Terung juga merupakan makanan berglikemik rendah yangbermaksud bahawa sejumlah kecil karbohidrat dalam terung tidak menyebabkan kesan yang besarterhadap kadar gula darah anda (kunci
lain untuk mengoptimumkan penurunan berat badan).
Manfaat Terong Dalam Menjaga sistem kekebalan tubuh
Terung juga merupakan sumber antioksidan terbaik yang bermanfaat untuk menjaga tubuh dariserangan pelbagai penyakit.
Vitamin C yang terkandung pada terong merupakan bahagian pentingdari sistem kekebalan tubuh.
Selain vitamin C,
terung juga mengandungi mangan,
antioksidansemula jadi dan merupakan mineral yang penting.
Lebih dari itu,
terung mengandungi nasunin danasam klorogenik,
dua antioksidan organik yang boleh menghalang radikal bebas,
serta mempunyaisifat anti–bakteria
dan anti–virus.
Adanya antioksida yang baik dalam tubuh akan memastikansistem organ seluruh badan anda terlindung daripada jangkitan dan penyakit berbahaya,
termasukkanser dan penyakit jantung.
Manfaat Terong Dalam Menjaga Kesihatan Tulang
Kompaun fenolik yang terkandung dalam terung sangat bermanfaat untuk melindungi tulang dariterjadinya kemerosotan tulang dan osteoporosis.
Kompaun fenolik adalah sebatian yangmemberikan warna unik pada buah–buahan,
termasuk terung.
Kompaun fenolik juga telah dikaitkandengan penurunan risiko osteoporosis,
peningkatan kekuatan tulang dan kepadatan mineral tulang.
Terung juga mengandungi zat besi dan kalsium yang tinggi,
di mana bahan–bahan
tersebutberperanan penting dalam menjaga kesihatan tulang.
Nutrisi lain dalam terung,
kalium,
jugaberperanan dalam penyerapan kalsium.
Fakta–fakta
ini membuat terung sebagai makanan yangsangat berguna untuk menjaga kesihatan tulang secara keseluruhan .( info dari e.google )www.khasiatherba.
Dulu kecil sekarang dah besar.pokok I ne limau nipis ke limau kasturi.
Limau nipis (nama botani:
Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari
India dan
Myanmar atau
Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.
Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan
Melayu seperti mee rebus,
mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.
Khasiat
1. Merawat penyakit
Darah tinggi.
Caranya;Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa,
Minumlah setiap pagi dan petang, lakukan sehingga
darah tinggi anda akan beransur turun.Inshaallah penyakit itu akan sembuh.
2.
Menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari,nescaya berat badan puan akan berkurangan amalkan selama sebulan,INshaallah akan nampak perubahan pada bentuk badan anda.
3.Untuk suara menjadi merdu.
Ambil sari air
limau purut dicampurkan dengan sedikit kapur
sirih,madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar,campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali,Inshaallah anda akan dapati suara anda bertambah sedap dikala bercakap, membaca Al-Quran,berazan,berzanji dan menyanyi.
4. Mengatasi kurang darah.
Sediakan sebiji kuning telur,sesudu madu,air limau nipis sebiji,segengam daun
bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya,campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang,Inshaallah dalam masa tiga hari puan akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.
5. Mengempiskan perut.
Digunakan masa pantang atau memang perut itu sedia lama buncit,maka bolihlah gunakan petua ini,
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan kapur
sirih dan minyak kayu putih, campurkan semuanya dan disapu pada bahagian perut dan pinggang,belakang serta paha,
Bolih juga digantikan dengan campuran kapur
sirih dengan
asam jawa,selamat mencuba.
6. Melembutkan tangan dan muka.
Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka,terutama wajah yang berminyak dan pada tangan anda, biarkan sepuluh minit ,cucilah dengan air bersih,puan akan dapati tangan bertambah lembut dan wajah pun demikian hingga tidak berminyak lagi padanya.
Puan juga bolih gunakan mentimun yang dicincang halus,parutan kentang,putih telur ,sapulah seperti cara tadi.
7. Kalau
batuk kuat.
Kalau puan
batuk amat kuat dan telah hampir dua minggu ,tapi tidak juga sembuh walaupun telah makan ubat hospital,bolihlah gunakan petua ini;
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli.minumlah setiap kali rasa hendak betuk,bila lepas makan pula kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis , Inshaalah dalam masa sehari sahaja puan akan nampak keberkesanannya itu,dalam masa tiga hari
batuk itu akan hilang.
8. Ramuan memulihkan syawat.
Limau nipis dan airnya juga bolih memulihkan syawat hanya mencampurkan dengan sebiji telor ayam kampung yang dimasak tiga suku masak,masukkan serbuk
lada, dan makanlah pada waktu pagi selang sehari,selama seminggu, INshaallah puan dan tuan akan terasa nikmatnya.
9. Ramuan mandi.
Untuk ramuan mandi bunga,atau mandi biasa bolih gunakan perahan air limau nipis,sementara buahnya dibelah dua dan digosuk pada badan yang berdaki atau gatal, Inshaallah badan puan akan berbau harum,bersih dan segar.
Ini pokok ulam raja ...sapa yang makan ......akak tau .... bukan raja....hahhaha
Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat
mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.
Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan
mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.
Ne labu air ...cuba cuba tanam ..hidup pulak dia ,nak tunggu buah.
KACANG BENDI
Pokok ne tak pernah terlepas untuk ditanam ,bendi.
Kacang bendi adalah sumber folate dan serat. Ia juga mengandungi vitamin C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan lauk terutamanya kari.
Jumlah serat yang banyak membantu aliran penghadaman dengan mengelakkan ceret beret dan sembelit. Lebih elok, ketika memasak jangan dipotong kacang bendi untuk mengelakkan kehilangan cecair. kalau boleh masak kacang bendi dengan bahan berasid, misalnya buah tomato untuk mengurangkan lendir
Sebenarnya cecair berlendir dalam kacang bendi adalah suatu yang elok. Cecair tersebut mengandungi pektin dan serat yang larut dalam air. Pektin membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengganggumenyerapan cecair hempedu dalam usus dan memaksa hati menggunakan lebih banyak kolesterol untuk membina hempedu.
Khasiat Kacang Bendi Untuk Kesihatan
Satu hidangan kacang bendi (1/2 cawan) mengandungi 30% dari khasiat pemakanan yang disyorkan oleh Recommended Dietry Allowance (RDA). Ia adalah sumber antioksidan, vitamin A, C dan kalium, iaitu elektrolit yang diperlukan untuk imbangan cecair badan dan mengalirkan melalui saraf, pergerakan otot dan metabolisma.
1. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
2. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
3. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
4. Manakala lendir bendi boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
5. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
6. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
Lain-lain khasiat Kacang Bendi
- Mencuci hati.
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
- Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
- Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
- Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
- Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
- Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
- Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
- Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang menakjubkan.
Okay...dengan banyaknya
khasiat kacang bendi di atas, dapatlah kita manfaatkannya dalam kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja mengandungi serat, malahan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol.
PETOLA
I tanam pokok ne sebab suka tengok bunga dia banyak berwarna kuning .
Petola adalah rendah lemak tepu dan juga rendah kalori kaya dengan serat pemakanan ,vitamin c,zink,besi,magnesium,riboflavin dan thiamin.
Khasiat Petola sebagai pembersih darah,penyembuhan penyakit kuning(keupayaan membersihkan organ hati),sebagai julap(untuk yang mempunyai masaalah sembelit),baik untuk perut,manafaat juga kepada mengidap penyakit kencing manis dan yang penting membantu penurunan berat badan serta anti-radang(menghapuskan sebatian toksik pada badan)dengan cara semulajadi.
Daun kari mesti ada sebab anak anak suka makan kari ,tiap tiap minggu mesti ada menu kari.
Info dan Khasiat Pokok Kari
Pengenalan Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan dari spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya bermanfaat dan berkhasiat menambah bau harum masakan dan masyarakat India banyak mengkonsumsi daun kari ini. Pokok kari juga dikenali sebagai ‘kariveppilai’ dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai.
Khasiat Daun Kari
Daun kari dapat tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus
limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah
loya dan
pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus
limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit
gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa
loya dan
pening-
pening lalat bagi wanita mengandung.
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat
diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah
kencing manisyang disebabkan oleh keturunan dan
kegemukan.
Dari segi manfaat dan khasiat daun kari sangat penting dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorhea, menghilangkan rasa pegal dan pusing bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit mencret dan penyakit
berak berdarah. Selain itu manfaat dan khasiat daun kari juga baik untuk
melancarkan peredaran darah.
Walaupun terdapat macam-macam kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasehat dari dokter untuk menghindari keracunan.
Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit
diabetes coba memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya, buat sebagai lalapan Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut.
Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan dan kesehatan tubuh dengan cara yang murah & lebih aman.
Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan segala gangguan dalam perut.
Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi mencret.
Buat teh dari daun kari yang kering dan minum airnya. Khasiatnya dapat
menambah selera makandan mengurangkan muntah-muntah.
Jika terkena gigitan ular, minumlah campuran daun kari yang telah diaduk dengan
kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara sebelum penderita dibawa ke rumah sakit.
Untuk kanak-kanak yang
sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.
Campurkan satu sendok makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masak sehingga hangus.Setelah dingin gunakan ia sebagai tonik rambut untuk
menghitamkan rambut dan mencegah uban.
Untuk menghilangkan loyo bagi wanita mengandung,campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus
limau nipis serta sesendok teh gula.
Untuk menghilangkan sembelit,rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.
Info Tambahan Khasiat Daun Kari
1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Mengatasi masalah bagi wanita mengandung.
6. Daun kari boleh digunakan untuk menjauhkan lalat.
Info dan Khasiat Lengkuas
Khasiat
– Lengkuas mengandung anti-inflamasi dan kerana itu bermanfaat dalam pengubatan arthritis dan rheumatoid arthritis (radang sendi).
– Membantu meringankan ketidakselesaan yang disebabkan sakit pada perut atau
bisul.
– Untuk mencegah mabuk laut dan mual, Anda dapat mengunyah beberapa hiris lengkuas segar. Cara ini dipercayai dapat secara efektif menghentikan rasa ingin muntah.
– Lengkuas mengandung sejumlah anti-oksidan yang membantu meminimakan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan racun dalam tubuh.
– Untuk
meningkatkan peredaran darah dalam tubuh, Anda boleh memasukkan lengkuas dalam menu diet harian. Peredaran darah yang lancar pada akhirnya menjaga jantung tetap sihat.
– Jika anda menderita
cirit-birit, kunyah beberapa hiris lengkuas segar sebagai pengubatan alternatif.
– Lengkuas mengandung banyak vitamin penting yang diperlukan oleh manusia seperti
zat besi, sodium,
vitamin A dan C, flavonoid dan fitonutrien.
Sebagai anti-inflamasi
Lengkuas dapat kita gunakan untuk mengatasi arthritis dan rheumatoid arthritis atau radang sendi karena mengandung anti-inflamasi.
Dapat membantu mencegah mabuk
Jika Anda sering mengalami mabuk laut atau mual saat melakukan perjalanan, maka Anda dapat mengatasinya dengan lengkuas, dengan cara mengunyah beberapa iris lengkuas segar. Cara tersebut dipercaya cukup efektif untuk menghentikan rasa ingin muntah.
Membantu mengatasi peradangan perut atau bisul
Lengkuas dapat membantu meringankan ketidaknyamanan yang disebabkan karena peradangan pada perut atau
bisul.
Dapat menangkal radikal bebas
Radikal bebas dan racun lainnya dalam tubuh dapat menyebabkan terjadinya kerusakan yang harus dihindari. Lengkuas mengandung sejumlah anti-oksidan yang dapat membantu meminimalkan kerusakan yang diakibatkan radikal bebas dan racun tersebut.
Lengkuas dapat meningkatkan sirkulasi darah dalam tubuh
Anda dapat mencoba memasukkan lengkuas dalam menu diet harian untuk meningkatkan sirkulasi darah dalam tubuh. Sirkulasi darah yang lancar sangat berperan penting dalam menjaga jantung tetap sehat.
Untuk mengatasi diare
Jika Anda menderita diare, Anda dapat mengatasinya dengan cara mengunyah beberapa iris lengkuas segar sebagai pengobatan alternatif.
Deretan pasu sayur ku .
Info dan Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu
Khasiat
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat
penyakit kulit seperti gatal-gatal. juga untuk
merawat luka dan
batuk.Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Air digunakan gunakan untuk membasuh bahagian yang terlibat.Air rebusan ini juga boleh diminum untuk melegakan
batuk.
Pucuk dan bunganya boleh dicelur dan dijadikan ulam. Rasanya lemak lemak dan sedap dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, pucuknya yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain juga enak dimasak sayur air.
Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok leletup diperlukan. Seluruh pokok termasuk akarnya sekali dibersihkan lalu direbus sehingga mendidih. Setelah suam, airnya digunakan sebagai air basuhan. Bagi merawat
batuk pula, cara yang sama digunakan cuma air rebusannya diminum setelah suam. Untuk
merawat luka, beberapa helai daun dilumatkan lalu dipupuk pada bahagian yang
luka.
Antara manfaatnya untuk anda adalah merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.
A. Gatal Pada Kulit
1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.
Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.
1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang
luka.
Kebun belakang Rumah - seminggu jugak aku habiskan masa untuk bersihkan rumput yang tebàl Dan pindah kan pokok.
Kebun sayur yang kian menghijau ,pokok cili Dan Terung aku pindahkan Dari depan ke belakang Rumah supaya lebih luas Dan selesa untuk mereka membesar
Pokok kacang buncis yang semakin meninggi
Ha.... Kan dah Ada bunga,masa tunggu buah dia pula
Ne pula pokok petola ,kembali menghijau setelah, sekian lama terbantut.
|
Boleh la dibuat benih petola yang sudah Tuà Tu. |
|
Pokok pandan dalam polisterin
Info dan Khasiat Daun Pandan
PENGENALAN Nama Saintifik daun Pandan : Pandanus amaryllifolious Nama Inggeris: Screwpine Leaves Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim
|
Khasiat/Kegunaan
– Haruman : Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci) dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.
– Pembalut : Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu.
– Pewarna -:Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.
Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :
– Daun Pandan boleh digunakan sebagai pewangi bedak sejuk
– Pewangi asli bunga rampai.
– Ubat pencegah lipas
Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
-Pewangi kereta – gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:
• Daun Pandan ubati Lemah saraf – ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
• Buang
angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah
halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
• Gelisah : Ambil 2 helai daun pandan muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
• Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
•
Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah
mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
• Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
Tip-tip yang berguna
-Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Setelah itu,dibiarkan ia menyejuk dan minum airnya.
Matikan kuman Dalam Darah
-Amalam meminum air daun pandan dikatakan juga dapat mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat.
Mengelak makanan cepat basi.
-Dikatakan dengan memasukkan daun pandan ketika memasak ia bagi mengelak makan cepat basi. Selain itu, ia juga bagi melembutkan daging.
-Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak.amalan secara berterusan setiap hari selama 40 hari.
Menyembuhkan gejala payudara
bengkak dan nyeri
-Ambil 2-3 helai daun pandan.Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur makan . Selepas itu lumur pada bahagian yang berkenaan.
|
Kucai yang hampir dua tahun hidup dalam polisterin ne |
|
Daun kesum atau daun cenohom |
Info dan Khasiat Pokok Kesum
Pengenalan Pokok kesum(Polygonum minus) berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga kawasan di keliling rumah kampong.Nama lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris). Kesum merupakan tanaman herba renek, lampai
Khasiat dan Kegunaan : Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena,
vitamin A,
vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium,
kalsium dan
fosforus.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.
|
Cili padi ,Dari biji aku semai sampai sebesar ne .
Dah mula berbuah. |
|
Terung panjang ne dah berbuah banyak
Kali tapi belum pernah aku makan asik Cik wok yang curi |
|
Limau kasturi , |
Info dan Khasiat Lempoyang
Pengenalan Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
KHASIAT
*Khasiat Lempoyang ini digunakan secara tradisional utk membersih dan mencantikkan kulit wajah iaitu dgn cara meminum air perahan kulit ubinya yg dikikis dan dicampur bersama sedikit madu.
*Selain itu khasiatnya juga dapat mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan. Merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat juga memperbanyakkan air susu badan.
***Mengikut laporan kajian yang dibuat oleh UPM Serdang;
“Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM)berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim tanpa sebarang kesan sampingan.
Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh selkanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain”.
Ubi kayu (nama
botani:
Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama
karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika
Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandi´o (Paraguay),akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy(Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).
Khasiat
Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi
Untuk mengubati
Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram
halia. Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.
Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu,
serai, garam,
halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.
Manfaat Ubi Kayu untuk Demam
Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air. Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari.
Khasiat Ubi Kayu untuk Luka
Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati
luka yang telah memasuki tahap jangkitan. Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang
luka. Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. Untuk
luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan
luka. Lakukan hingga
luka kering.
Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit
Untuk mengubati
cirit-birit atau
sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu. Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.
Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala
Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.
Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout
Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.
Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina
Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu, 5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.
Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi
Untuk mengubati
Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram
halia. Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.
Ubi kayu mampu mengubati pendarahan
Ubi kayu atau nama botaninya
manihot ezculenta crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia kerana ia merupakan
karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi. Ðaunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.
Penanaman
Akar pokok ubi kayu mengembung kerana menyimpan makanan. Ubinya pula berbentuk tirus, silinder, bulat, kecil, sederhana atau sangat besar. Isinya pula berwarna putih. Kuning atau sedikit merah dan menjadi keras apabila tua. Ubi ini terjadi dari bekas pangkal tangkai daun. Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6,
vitamin C, protein, lemak,
kalsium,
fosforus dan
zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular,
kanser usus dan juga membantu mengawal
diabetis. Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji. Walau bagaimanapun, akar dan ubinya mengandungi banyak glukosid sianogenik sehingga tahap berbahaya dan di dalam ubi sahaja bervariasi antara sepuluh hingga 490 mg/kg
Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala lai daun jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak
mengandungi protein, banyak karotena dan
vitamin C.
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan
Info dan Khasiat Kacang Kelisa (Kacang Botol)
Pengenalan Kacang Botor, kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang (Inggeris: winged bean atau Goa bean) ialah tumbuhan kekacang tropika yang dikatakan berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina, Indonesia, Myanmar, hinggalah ke India,
Khasiat
Sebenarnya, kacang botor ni bukan sekadar kita boleh makan buahnya sahaja, tapi keseluruhan pokok kacang botor ni boleh dimanfaatkan.
- Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepaspenanaman.
- Buah yang muda dan lembut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabu atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
- Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
- Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam.
- Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya proteinberbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan.
- Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.