KEBAIKAN BUAH MULBERI @ MULBERRY
Pokok mulberry ini terkenal dari segi khasiat dari hujung akar sehingga ke daun mulberry itu sendiri tetapi untuk artikel ini saya hanya ingin berkongsi KHASIAT BUAH MULBERI ATAU MULBERRY
1. Buah Mulberry merupakan antara buah yang tergolong dalam keluarga beri @ berry sekaligus antara buah yang tinggi antioksidan dan amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
2. Buah mulberry ini kaya dengan vitamin C, Kalsium ,zat besi, riboflavin, kalium dan magnesium.
3. Buah mulberry ini amat sedap jika dibuat jem untuk dimakan dengan roti atau dimasak sebagai puri untuk dimakan dengan kek atau scone atau pancake.
4. Buah mulberry ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan kulit, malah ia amat bagus bagi mereka yang menghadapi anemia, masalah buah pinggang, keletihan dan dikatakan bagus dalam merawat masalah rambut beruban.
5. Sesetengah orang menggunakan buah mulberry sebagai salah satu masker dalam perawatan wajah untuk kulit lebih cerah dan licin.
6. Buah mulberry juga dikatakan bagus untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tidak boleh kencing serta mereka yang menghadapi masalah sembelit serta mereka yang mengidap migrain.
7. Buah mulberry ini juga boleh dijadikan gantian bagi kismis atau buah prune kering sebagai satu alternatif lain.
8. Buah mulberry juga bagus untuk mereka yang menghadapi masalah pencernaan, mengurangkan masalah gastrik dan membaiki selera makan. Malah ia dikatakan turut membantu masalah kembung perut dan sembelit.
9. Mereka yang sering memakai kanta lekap dan menghadapi masalah mata kering digalakkan menikmati buah mulberry ini kerana dikatakan buah mulberry ini amat bagus untuk kesihatan mata
10. Buah mulberry juga amat bagus untuk kaum wanita khususnya wanita lepas bersalin. Buah ini mampu menambahkan darah, mengurangkan anemia, menambah tenaga dan mengurangkan keletihan, Malah kaum ibu yang sukar tidur dan selalu pucat digalakkan mengambil mulberry sebagai makanan tambahan. Mulberry juga membantu dalam mengurangkan kebas tangan dan kaki sekaligus membantu ibu tidur dengan lebih nyenyak.
11. Resveratrol antioksidan yang terkandung di dalam buah mulberry ini merupakan antioksidan yang amat bagus dalam kesihatan jantung.
12. Di Asia buah mulberry ini dijadikan antara rawatan bagi penyakit cacing pita, arthritis, insomnia dan penyakit kulit seperti kurap.
13. Dengan segala antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry dikatakan buah mulberry juga mampu mencegah penyakit kanser, diabetes, penyakit saraf, membantu melambatkan penuaan dan sebagainya.
14. Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry juga dikatakan mampu mengurangkan bintik-bintik gelap diwajah dengan menikmatinya secara teratur.
15. Anthocyanin sejenis antioksidan yang kuat dan jarang terdapat didalam buah lain, adalah antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang mampu memperkuatkan tubuh dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah. Ini antara sebab kenapa buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan dan produk pencerahan.